Infaq Mahabbah SRIAM 2024

Rebut Pahala Berpanjangan Dengan Infaq Mahabbah SRIAM 2024
Menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, SRIAM ingin mengajak anda semua untuk bersama menjayakan program Infaq Mahabbah SRIAM 2024.
Sabda Rasulullah SAW:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
(HR Muslim 1631)
Program ini merangkumi 3 Projek Utama:
1) Projek Infaq Mahabbah Al-Quran SRIAM
Projek yang menyasarkan untuk menggantikan mushaf Al-Quran lama yang digunakan oleh anak-anak SRIAM dengan mushaf Al-Quran yang baru, mempunyai tajwid berwarna, waqaf ibtida’ serta terjemahan bahasa Malaysia.
2) Projek Santunan Mahabbah Asnaf SRIAM
Projek tahunan Ramadan SRIAM untuk membantu Asnaf di sekitar sekolah. Anak anak SRIAM akan mengedarkan kit Muslim (Al-Quran terjemahan serta Telekung) dan pek makanan kepada asnaf - asnaf di sekitar sekolah pada bulan Ramadan nanti.
3) Projek Infaq Mahabbah Van SRIAM
Pihak sekolah mencari dana untuk pembelian sebuah Van bagi aktiviti serta pergerakan anak-anak SRIAM.
Dengan Serendah RM 10.00 ( 1 Bahagian / Nama )
Sikit nilainya, tapi besar kebaikannya InsyaAllah
Semoga menjadi saham akhirat yang berguna untuk semua..Aamiin Ya Mujib.
Nama Pewaqaf Akan Ditampal didalam Al-Quran Seperti Berikut:
Dengan lafaz Bismillah,
Saya
__________________________
mewaqafkan Al-Quran ini atas
nama __________________________
No. Telefon: ________________
DI MANAKAH SAYA BOLEH TENGOK GAMBAR PENERIMA SEBAGAI BUKTI?
Penyumbang sekalian boleh melihat gambar-gambar penerima di halaman page facebook rasmi SRIAM. Klik sini:
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan projek-projek ini boleh berhubung dengan Pengerusi LPS Sekolah Tuan Hj Che Ali di talian +60 19-988 3789 , Mudir Ustaz Alwi b. Abdullah di talian +6012-2799734 atau telefon pejabat sekolah +6099751185.
#SRIAM #ramadan #wakafquran #infakmahabbah #insanmulia #solehdanmusleh